Entry: TERIMALAH PERBEZAAN ANTARA KITA Monday, April 29, 2013



Dalam asyik kita berbicara mengenai politik, belajarlah untuk menghormati perbezaan sokongan. Setiap orang ada pendirian masing - masing, dan pendirian itu dibentuk dari pengetahuan dan pengalaman hidup masing - masing. Kita mungkin kenal seseorang, tetapi mungkin kita tidak tahu apa yang diketahui dan pengalaman yang pernah dilaluinya yang mungkin mempengaruhi sokongannya terhadap sesuatu pihak. Bagi saya tidak perlu untuk kita memperlekehkan pendirian orang lain untuk menyokong mana - mana parti pilihan mereka. Sekiranya kita rasa pendiriannya itu tidak wajar, kita boleh berusaha untuk berkempen padanya, bukannya mencela dan mengeluarkan kata - kata seperti "bodoh tak boleh diajar", "senang dibeli", "gelap hati", "mudah kena tipu", "macai" dan tidak kurang juga yang memainkan sentimen agama. Berlapang dadalah, dan berusahalah untuk memenangi hati mereka yang tidak menyokong dengan cara baik, bukanlah menjauhkan mereka dengan akhlak sedemikian. Yang penting, jaga ukhuwwah, itu yang lebih penting. Berpegang teguhlah kepada tali Allah, dan jangan bercerai berai.

   1 comments

AGAのルネッサンスクリニック
March 9, 2014   04:55 PM PDT
 
info@sbc.or.jp

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments