Entry: Pendirian Saya Thursday, November 29, 2012



Seorang kenalan FB yang saya hormati itu benar - benar menganggap saya penyokong tegar UMNO. Tuan, pertama sekali, kita hanya kenal melalui penulisan di FB, dan FB tidak menceritakan segalanya. Kedua, jika benar saya Pro - UMNO, wall saya ini sudah dihiasi dengan pelbagai serangan kepada Pakatan. Banyak peluru yang saya boleh guna.

Malah serangan saya mungkin lebih dahsyat dari UMNO Cybertroopers sebab ada perkara yang saya tahu lebih.

Ataupun nak mudah, saya boleh copy sahaja link dari website Pro - UMNO segala isu baru yang timbul dan paste banyak banyak di wall saya setiap hari. Tetapi itu bukan stail saya.


Saya seboleh mungkin tidak mahu bermain isu. Isu ini bersifat sementara, namun prinsip yang lebih kukuh dan kekal. Saya hanya jelaskan isu yang saya ada sedikit maklumat. Saya lebih berminat membincangkan mengenai prinsip politik terutamanya apa yang dianjurkan Islam. Dan saya akan rasa gembira sekiranya kedua - dua pihak mengamalkan politik membina dan menggunakan politik sebagai wadah membimbing masyarakat. Mungkin saya nampak kritikal terhadap sesuatu pihak. Mungkin sahaja kritikal saya itu kerana saya lebih mengetahui mereka berbanding pihak yang saya tidak terlalu kritikal. Bagi saya kedua pihak ada kekuatan dan ada kelemahan. Tetapi nilaian kita wajar kepada prinsip dan perjuangan. Isu adalah suatu permasalahan yang kita boleh perbaiki dari semasa ke semasa.


Kita sebagai practitioners atau pemerhati sewajarnya mencadang penambahbaikan kepada semua segmen masyarakat, dan bukan berharap kepada kehancuran mana - mana segmen masyarakat. Melainkanlah matlamat kita hanya kuasa semata - mata dan bukannya Islah (penambahbaikan). Kita mahu pada kebaikan dan kita mahu semua orang jadi baik termasuk diri kita sendiri. Kita semua mahu masuk Syurga, bukan?


Maka, saling bantu membantulah sesama kita dengan perasaan penuh Kasih Sayang.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments