Entry: CADANGAN UNTUK PAS Thursday, November 29, 2012




Sebelum ini saya pernah beri cadangan bahawa sekiranya PAS mahu dilihat serius hendak menegakkan Perlembagaan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta membentuk Negara Islam dan melaksanakan hudud, antara satu perkara dari beberapa perkara yang perlu dilakukan adalah bertanding sekurang - kurangnya 2/3 kerusi Parlimen di dalam Pilihanraya Umum.

Ini membolehkan mereka menggubal Perlembagaan sekiranya menang.

Ini untuk mengelakkan tuduhan bahawa PAS sekadar beretorik dan bermain dengan sentimen orang Islam. Sebab dengan jumlah kerusi yang PAS biasa bertanding, ia tidak cukup untuk merealisasikan hasrat berkenaan. Hatta termasuklah Negara Berkebajikan. Ia memerlukan simple majority. Dan semalam perkara ini disebut Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya semalam. Wow, speechwriter dia baca tulisan aku ke sekadar pelanggaran idea ni? Dan ada beberapa point ucapannya juga adalah perkara yang saya biasa tulis dan ulang - ulangkan.Rugi tak patenkan. Kalau tak boleh saman :)

Takpalah yang penting, ia menjadi renungan bersama. Jangan anggap ia kritikan tetapi anggap ia sebagai satu cabaran.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments