Entry: Lesson 2 - Politik Tuesday, November 06, 2012



Selain permainan persepsi, politik juga adalah permainan perhitungan(Game of Numbers). Sesetengah kita sering berpendapat bahawa seseorang ahli politik itu bodoh bilamana beliau mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang dianggap "bunuh diri" (suicidal). Saya tidak menafikan mungkin ada ahli politik yang kurang bijak, tetapi percayalah kebanyakan mereka bijak dan mereka sedang bermain dengan numbers.

Calon pilihanraya tidak memerlukan 100% undi. Mereka hanya memerlukan undi sekadar untuk menang. Jadi mereka tidak perlu memenangi hati semua orang, kecuali yang telah mereka sasarkan. Mereka telah kira berapa undi yang mereka akan dapat, dan berapa yang akan mereka hilang bilamana mereka keluarkan sesuatu kenyataan yang dianggap "bodoh" tersebut. Ini dipanggil "calculated risk".

Sebagai contoh, bila Presiden Obama mengeluarkan kenyataan menyokong gay marriage, dia tahu dia akan hilang undi mereka yang anti - gay, tetapi dia akan mendapat undi pro - gay dan liberalis lain yang menganggap beliau open minded. Pasukan beliau telah mengira bahawa undi pro gay dan liberalis adalah lebih tinggi dari jumlah undi anti - gay, maka keluarlah kenyataan sebegitu. Jadi liberalis akan undi beliau, selain dari undi pasti dari penyokong hardcore di mana penyokong hardcore ini akan undi parti mereka tidak kira apa yang calon mereka cakap atau buat.

Begitu juga dengan ahli politik Malaysia, bila mereka keluarkan satu - satu kenyataan kontroversi, sesetengah dari mereka, sebenarnya telah menghitung pros and cons nya. Jadi sebelum kita mengatakan mereka bodoh, kita tanya semula, benarkah mereka bodoh atau mereka telah melakukan perhitungan?

Sekadar usaha saya memberi pencerahan kepada rakan - rakan mengenai politik
.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments