The Mind of Azmil


   

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, November 06, 2012
The Power of Niat



Manusia tidak boleh dihukum bersalah atau berdosa atas "niat" sahaja. Kalau niat sahaja telah dianggap bersalah atau berdosa, wahh, banyaknya kesalahan kita semua, kan?

Posted at Tuesday, November 06, 2012 by azmilabrar
Comment Here  

Ethics, please?

Semakin menjadi trend kebelakangan ini untuk orang menggunakan perkataan seperti fu*k dan sh*t di dalam percakapan mereka. Tak kisahlah berbual dalam BM atau BI. Contoh percakapan, "Ayam ini tak sedap. Fu*k lah siapa yang masak benda ni. Rasa macam sh*t". I personally do not feel that it makes your "cool" neither "hip". Dan dia juga tidak membantu memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris kita setakat tambah perkataan macam tu dalam vocabulary kita Worse, evolusi perkataan yang dikeluarkan kita bila terkejut atau marah pun telah ditukar dari Ya Allah ke Oh My God, kemudiannya OMG, akhir sekali Fu*k and Sh*t je. Seriously, cool ke?

Posted at Tuesday, November 06, 2012 by azmilabrar
Comment Here  

Lesson 2 - Politik

Selain permainan persepsi, politik juga adalah permainan perhitungan(Game of Numbers). Sesetengah kita sering berpendapat bahawa seseorang ahli politik itu bodoh bilamana beliau mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang dianggap "bunuh diri" (suicidal). Saya tidak menafikan mungkin ada ahli politik yang kurang bijak, tetapi percayalah kebanyakan mereka bijak dan mereka sedang bermain dengan numbers.

Calon pilihanraya tidak memerlukan 100% undi. Mereka hanya memerlukan undi sekadar untuk menang. Jadi mereka tidak perlu memenangi hati semua orang, kecuali yang telah mereka sasarkan. Mereka telah kira berapa undi yang mereka akan dapat, dan berapa yang akan mereka hilang bilamana mereka keluarkan sesuatu kenyataan yang dianggap "bodoh" tersebut. Ini dipanggil "calculated risk".

Sebagai contoh, bila Presiden Obama mengeluarkan kenyataan menyokong gay marriage, dia tahu dia akan hilang undi mereka yang anti - gay, tetapi dia akan mendapat undi pro - gay dan liberalis lain yang menganggap beliau open minded. Pasukan beliau telah mengira bahawa undi pro gay dan liberalis adalah lebih tinggi dari jumlah undi anti - gay, maka keluarlah kenyataan sebegitu. Jadi liberalis akan undi beliau, selain dari undi pasti dari penyokong hardcore di mana penyokong hardcore ini akan undi parti mereka tidak kira apa yang calon mereka cakap atau buat.

Begitu juga dengan ahli politik Malaysia, bila mereka keluarkan satu - satu kenyataan kontroversi, sesetengah dari mereka, sebenarnya telah menghitung pros and cons nya. Jadi sebelum kita mengatakan mereka bodoh, kita tanya semula, benarkah mereka bodoh atau mereka telah melakukan perhitungan?

Sekadar usaha saya memberi pencerahan kepada rakan - rakan mengenai politik
.


Posted at Tuesday, November 06, 2012 by azmilabrar
Comment Here  

Lesson 1 - Politik

Politik adalah permainan persepsi. Ahli politik menyerang lawan untuk tujuan memberi persepsi negatif kepada lawannya. Bila sahaja persepsi negatif telah melekat pada minda orang ramai, serangan itu telah berjaya. Apa yang lawannya keluarkan kemudian untuk mempertahankan diri sekalipun fakta sahih dan tepat sudah tidak penting. Kita sebenarnya boleh memainkan peranan menolak politik begini dengan cara memberi penilaian yang adil kepada fakta.


Posted at Tuesday, November 06, 2012 by azmilabrar
Comment Here  

Tuesday, October 19, 2010
Sekadar Renungan (Lama tak post)

Telah lama saya katakan ini dan saya akan katakan lagi sekarang.

"Pencuri, walaupun dia jahat kerana dia suka mencuri, kita tidak boleh tuduh dia merogol sekiranya dia tidak pernah merogol"

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah; (dan) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Al-Maaidah ayat 8


Posted at Tuesday, October 19, 2010 by azmilabrar
 

Previous Page Next Page