The Mind of Azmil


   

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 23, 2009
Public Apology

 
The cow head incident is truly regretful..i would like to apologise on behalf of the muslims concerned. In no way that action is justifiable. Allah has even warned the Muslims against committing such acts in AlQuran Chapter 6 Verse 108.

"Abuse not those to whom they pray beside Allah lest they wrongfully abuse Allah through ignorance."

Posted at Wednesday, September 23, 2009 by azmilabrar
Comment Here  

Wednesday, January 28, 2009
Posting 21 - Perjuangkanlah Islam Dengan Cara dan Akhlak Yang Betul

 

Insiden penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam baru-baru ini menjadi satu isu hangat di kalangan mahasiswa-mahasiswa yang terlibat di dalam politik kampus. Tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Kejadian ini dikatakan antara penyumbang kepada kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya.


Saya ditanya mengenai hal ini. Respon saya, saya tidak mahu menuduh sesiapa, walaupun taktik ini tidaklah mengejutkan saya, dan ianya adalah hallmark kepada kumpulan mana, pun kita boleh tahu. Takpalah, benda itu sudah berlaku, dan ianya sangat mengecewakan kita.


Tanpa merujuk kepada kejadian di atas, pesan saya adalah, perjuangkanlah Islam dengan cara yang sebenar, dan akhlak yang sebenar. Sebenar mengikut Quran dan Sunnah. Kadang-kadang dalam keghairahan kita untuk mencapai kemenangan jangka pendek, kita terlalu mengikut perasaan dan akal fikiran. Benda-benda bertentangan dengan agama, kita anggap strategi. Cara kita halalkan demi matlamat. Ini semua tidak boleh dan tidak dibenarkan. Keluarkan hujah anda yang mengatakan matlamat menghalalkan cara!


Islam disebarkan dengan hujah. Ianya berdiri atas kebenaran. Islam mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu berdiri dengan cara memfitnah orang lain.

Dalam hal ini juga, saya tidak bersetuju dengan ada penceramah yang memfitnah agama Kristian di dalam ceramah-ceramah dan buku-buku tulisan beliau, menuduh pihak Kristian pelbagai perkara. Ini juga tidak boleh. Kita tidak perlu memfitnah agama lain untuk menunjukkan kebenaran Islam.

Saya akhiri posting kali ini dengan firman Allah seperti berikut. Moga jadi pedoman.

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah; (dan) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." Al-Maaidah ayat 8


Azmil Abrar


Posted at Wednesday, January 28, 2009 by azmilabrar
Comment Here  

Friday, January 23, 2009
Just a brief and quick response on the Palestinian Issues.

Below is my brief response to a statement by a reader in the Malay Mail blaming Hamas as the cause of the war. As the column space is limited, i am only able to briefly comment on the issue. Hopefully it will be published, insya Allah.

Israel is only retaliating to the provocation of Hamas?

Do you people actually think that they gathered one day, out of the blue and think "Hey, we have nothing better to do, let's fire some rockets to Israel".

They are people who has been colonialized and live under hardship and sufferings for 60 years! Some of the youngsters never experienced a peaceful life.

Just imagine, somebody comes to our house, kill our family members, chase us out from the house, and the police (UN) does nothing about it. What option do we have? We can only throw pebbles to them, at most. And then they cried terrorist after seeing some scratch at their "confiscated" home.

No rockets were fired from West Bank, but are they living happily with absolute freedom given by the Israelis?

The conflict is not one or two months old, it has been around for 60 years.


Posted at Friday, January 23, 2009 by azmilabrar
Comment Here  

Sunday, December 14, 2008
Posting 20 - Haramkan Yoga Sahaja?

Isu pengharaman Yoga baru-baru ini oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) menjadi isu yang kontroversi. Setiap pihak yang sebelum ini semuanya adalah penganalisa politik bebas atau pengulas bola sepak tanpa gaji bertukar profesion menjadi part – time ustaz dan terus bercakap mengenai agama dan hukum-hukumnya.

 

Saya secara peribadi, tidak gemar kritikan-kritikan tidak membina dan bersifat emosional dilemparkan terhadap Majlis Fatwa, dan saya suka sekiranya kita menghormati pandangan mereka dengan ikhlas dan menghormati ilmu-ilmu mereka yang berada di dalamnya. Tidak menerima itu perkara lain, tetapi hormat-menghormati itu perlu ada.

 

Namun begitu, saya suka sekiranya perbincangan-perbincangan ilmiah diadakan, terutamanya MJFK dengan orang awam kerana MJFK bukanlah maksum, dan saya berani katakan, mungkin ada ulama’ lain di luar MJFK yang lebih layak untuk berada di dalam MJFK.

 

Saya mencadangkan kepada MJFK, setiap kali sesuatu fatwa dikeluarkan, perlu ada sesi penerangan kepada orang ramai, di mana di dalam sesi itu, Pengerusi atau ahli MJFK boleh memberi penerangan mengenai mengapa sesuatu fatwa itu dikeluarkan dan apa penghujahannya dan mereka yang mempunyai pandangan berbeza, mempunyai satu forum untuk bertanya dan mengemukakan hujah balas. Ruang ini sewajarnya diadakan sebelum sesuatu fatwa itu digazetkan. Dalam satu tahun itu juga, MJFK boleh mengeluarkan satu penerbitan tentang fatwa-fatwa yang dikeluarkan untuk tahun itu, dan disebarkan kepada umum. Mungkin telah ada di website JAKIM, tetapi penerbitan dan sesi penerangan perlu sebagai alternatif.

 

Ini semua bagi menjaga imej MJFK, dan lebih penting lagi, imej agama Islam itu sendiri, sebagai satu agama hujah dan ilmiah.

 

Dalam hal yoga ini, saya turut mempunyai pandangan berbeza dengan MJFK. Saya juga sependapat dengan mereka yang mengatakan bahawa amalan Yoga tanpa unsur mantera, yakni sekadar gerakkan fizikal dan pernafasan, itu tidak ada masalah. Blanket censure adalah tidak adil. Tetapi saya juga sedar bahawa sekiranya kita tidak mengharamkan secara blanket, akan timbul pula kekeliruan kepada mereka yang gagal membezakan yoga yang diharamkan, dan yang tidak haram. Kerana jika kita biar manusia untuk menafsirkan hukum, akan timbul pelbagai definisi dan pendapat. Ramai akan terus menganggap yoga yang mereka amalkan itu tidak haram di sisi Islam.

 

Kepada mereka yang bukan dan belum Islam yang membantah pengharaman ini pula, apa yang perlu dirisaukan? Pengharaman ini hanya untuk orang Islam. Termasuk di dalam ajaran Islam bahawa kami tidak boleh melakukan amalan yang ada unsur agama lain, ini adalah peraturan kami sebagai orang Islam dan kami perlu mematuhinya. Tiada paksaan di dalam memeluk agama Islam, tetapi bila kita mengaku Muslim, ada kontrak (akad) yang perlu kita patuhi selepas mengucap dua kalimah syahadah.

 

Berdasarkan hujah-hujah seperti di atas yang dikeluarkan oleh MJFK,  saya juga berpendapat bahawa MJFK perlu mengharamkan amalan-amalan lain yang ada unsur agama lain bagi mengelakkan dari dituduh sebagai tidak konsisten di dalam penghukumannya:

 

1)    Amalan tahlil selepas hari ketiga, ketujuh dan ke 40 kematian (saya pun tak pasti hari-harinya, terlalu banyak versi). Ini adalah amalan agama Hindu yang menetapkan hari berkabung selepas hari pertama, ketujuh, 16 dan 30 kematian.

2)    Amalan mengedarkan borang-borang tahlil di surau-surau dan masjid-masjid waktu bulan puasa. Ini menyerupai amalan surat-surat pengampunan dosa yang dikeluarkan oleh Gereja Katholik dahulu. Siapa yang ingin ddosa mereka atau ahli keluarga mereka diampunkan, perlu mengisi surat pengampunan itu dan membayar sejumlah wang kepada gereja. Martin Luther membantah (protest) amalan ini, maka timbulnya golongan protestan. Perlu saya tekankan juga bahawa amalan ini telah dihentikan oleh pihak Katholik walaupun ini adalah sumber kewangan mereka yang utama setelah mereka sedar ini menyalahi ajaran mereka. Kita bila lagi?

3)    Amalan merenjis dan menepung tawar sewaktu hari perkahwinan yang menyerupai adat perkahwinan agama lain.

4)    “Wali-wali” yang dikatakan mempunyai unsur keramat atau “karamah” seperti berjalan atas air, terbang di udara dan pelbagai lagi ini diambil dari ajaran Katolik Kristian melalu konsep saint nya. Saint-saint ini dianggap mempunyai kuasa ghaib atau karamah yang pelbagai yang dikatakan dikurniakan tuhan kepada manusia-manusia istimewa. Konsep ini juga ditolak oleh golongan Protestan. Umat Islam begitu mudah terpengaruh dengan cerita-cerita kehebatan wali itu dan wali ini, yang mana cerita-cerita itu tidak mempunyai sumber dari mana-mana kitab muktabar.dan hanya sekadar yang disampaikan dari mulut ke mulut dan himpunan buku-buku cerita kanak-kanak.

 

Ini baru sedikit dan ada banyak amalan lain yang umat Islam kita hari ini sangkakan, itu adalah Islam, walhal itu tidak lebih dari celupan amalan agama lain. Secara peribadi, berbeza dengan pendapat saya mengenai yoga, saya tidak setuju dengan keempat-empat amalan di atas.

 

Selain dari itu saya juga tertarik untuk menyentuh tentang perbezaan peranan JAKIM dan MJFK. JAKIM baru-baru ini mengharamkan penjualan ayat-ayat Al-Quran sebagai cenderamata. Cenderamata saya percaya di dalam hal ini termasuk juga ayat-ayat Al-Quran yang digantung di rumah-rumah. Mengapakah MJFK tidak mengeluarkan sebarang fatwa mengenai hal itu. Di rumah-rumah orang Islam hari ini, banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung. Saya secara peribadi belum menemui ayat Al-Quran atau Hadith yang menggalakkan perbuatan ini, tetapi galakan untuk menggantung ayat-ayat ini saya temui di dalam Bible. (Ada beberapa ayat. Tapi saya tak ingat yang lain, saya cuma ingat ada satu pada Deuteronomy 6:8). Jadi bagaimana? Perlu haram atau tak? Kalau perlu, adakah penguatkuasannya? Saya percaya setiap rumah orang Islam dan yang mengaku Islam, ada.

 

Kalau MJFK hendak menjadi lebih strict, haramkan juga Sambutan Hari Ibu dan Hari Valentine. Kerana jika kita hendak kaji asal usul-usul kedua-dua sambutan ini, kita akan dapati kedua-dua mereka ada unsur agama lain (terdapat beberapa versi mengenai kedua-dua asal usual kedua-dua hari ini, namun saya mengambil versi yang paling popular).. Valentine’s Day sempena Paderi Valentino dan Hari Ibu sempena sambutan untuk Cybele (ibu kepada dewa-dewa Greek) diraikan oleh orang Greek dan kemudian diikuti oleh Rome yang meraikannya dari tarikh 15-18 Mac setiap tahun.

 

Tetapi saya secara peribadi beranggapan, bahawa tiada salah kedua-dua sambutan ini selagi mana tiada unsur-unsur sambutan itu diadakan kerana hendak mengingati Cybele atau Valentino. Tidak salah seorang suami memberi hadiah kepada isteri pada hari tersebut (kalau pakwe makwe, itu isu lain) dan tiada salah anak hendak beri hadiah kepada ibu pada hari tersebut. Hujahnya mudah, umat Islam kita tidak tahu pun asal usul kedua hari tersebut dan hanya ikut-ikut orang. Jadi mereka tiada niat pun ingin meniru amalan lain, tetapi tertiru juga. Samalah seperti empat amalan yang saya sebutkan di atas.

 

Jadi, jika yoga ingin diharamkan atas hujah mempunyai elemen agama lain, keenam yang lain juga wajar diharamkan. Di dalam isu ini, saya bersikap neutral atas kekurangan ilmu. Saya pun tidak tahu sama ada ianya perlu diharamkan atau tidak.  Sekadar menimbulkan polemik.

 

Jadi bagaimana MJFK?

 

Diriku yang fakir ilmu,

 

Azmil Abrar

 

 


Posted at Sunday, December 14, 2008 by azmilabrar
 

Saturday, December 06, 2008
Posting 19 - Tahniah Barack Obama?

Saya sering mengelak dari membicarakan soal politik walaupun saya mempunyai pandangan di dalam isu tersebut terutamanya di dalam politik Malaysia, yang mana pandangan saya, jauh berbeza dengan pandangan majoriti. Atas dasar untuk mengelakkan timbulnya perasaan antagonis di atas perkara itu, saya memilih untuk tidak berbicara mengenai perihal politik tempatan. Walau bagaimanapun, apa yang saya ingin bicarakan ini adalah perihal politik antarabangsa.Saya ingin berbicara mengenai Obama. Barack "Hussein" Obama.

 

Kemenangan calon Presiden dari Parti Demokrat di dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini is well documented. Semua orang tahu, dan tiada keperluan saya mengulanginya.

 

Namun apa yang ingin saya tekankan adalah keseronokan umat Islam menyambut kemenangan beliau seolah-olah kemenangan Obama itu, adalah kemenangan Islam. Di dalam media barat sejurus selepas kemenangan Obama, disiarkan masyarakat Islam di Arab Saudi, meraikan kemenangan Obama. Selain dari itu, Obama tidak putus-putus menerima ucapan tahniah dari ramai pembesar-pembesar negara, dan yang menyedihkan, pembesar-pembesar Islam juga turut bergembira di atas kemenangan beliau.

 

Mengapakah beliau begitu disokong umat Islam? Adakah sekadar kebencian kita terhadap mereka yang berkulit putih menyebabkan kita bergembira di atas kemenangan mereka yang tidak berkulit putih? Atau adakah kerana beliau menjanjikan "Change" (Obama menggunakan slogan change, sama seperti DAP. Adakah DAP telah melakukan change atau sekadar sibuk membongkar kesalahan Gerakan sejak memenangi Pilihanraya itu adalah topik berbeza yang tak ingin saya sentuh di sini).

 

Atau adakah kerana Obama itu pernah tinggal di Indonesia? Atau adakah kerana middlename nya Hussein?

 

Suka saya menggunakan perumpamaan Obama ketika beliau menyifatkan McCain dan Palin sebagai seekor babi, yang jika dipakaikan lipstick, tetap seekor babi. Suka saya juga, mengembalikan perumpaan tersebut kepada beliau.

 

Sewajarnya, di dalam menilai sesuatu perkara, kita perlu mengkaji sejarah dan kronologi, supaya kita dapat melihat lebih lanjut mengenai "perjuangan" atau "peribadi" seseorang itu. Contohnya, jika kita ingin mengkaji politik Malaysia, seeloknya kita mulakan sejak sebelum 2 September 1998, dan bukan selepas itu sahaja.

 

Begitu juga dengan Barack Obama, jika ingin mengkaji beliau, saya sarankan, sekurang-kurangnya, bermulalah dari mula beliau berkempen.

 

Anda perlu ingat, politik adalah satu satu seni yang telah beribu tahun dicipta. It is an art of deception which has been perfected over the years. Jangan mudah tertipu.

 

Di awal kemunculan Obama, saya juga agak teruja. Reaksi pertama saya, wow, he is different. But sadly, how wrong I was proven to be.

 

Ianya bermula pada 15 Februari 2007, melalui kenyataan beliau kepada akhbar utama Israel, Haaretz.

 

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction"

 

Saya tergamam.

 

Belum sempat saya sedarkan diri, beliau meneruskan dengan kenyataan berikut pula ketika berucap di sebuah gabungan Yahudi yang berpengaruh di Amerika, American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007:

 

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point."

 

Untuk lebih lanjut lagi anda boleh baca text penuh ucapan tersebut di

 

http://blogs.suntimes.com/sweet/2007/03/obamas_aipac_speech_text_as_pr.html

 

Di dalam ucapan yang sama, beliau menggariskan negara-negara yang berbahaya di dunia ini seperti Pakistan dan Iran.

 

Baru tergugat sedikit kepercayaan saya kepada beliau, beliau telah menambahnya lagi dengan perbuatan berikut yang dilakukan pada 23 Julai 2007:

 

 

 

 

1)    Beliau telah ke wailing wall, dinding suci orang Yahudi yang mereka anggap sebagai runtuhan kuil Nabi Sulaiman dan telah melakukan ritual ratapan, seperti yang biasa dilakukan orang yahudi lain.

2)    Beliau memakai pakaian ibadah orang yahudi lengkap dengan Yarmulk (kopiah orang yahudi). Kalau sekadar menghormati, kenapa perlu lakukan sampai ke tahap itu.

 

Ingin juga saya pertikaikan, mengapakah dalam banyak-banyak negara luar yang beliau boleh memulakan sebagai kempen, mengapa Israel yang dipilih?

 

Saya ada banyak gambar mengenai lawatan beliau ke Israel, dan sesiapa yang berminat untuk menyimpan koleksi gambar tersebut, boleh berhubung dengan saya.

 

Di dalam ucapan beliau di sana, beliau berjanji, jika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat, beliau akan memastikan Jerusalem (baitulmaqdis) akan jadi ibu kota Israel dan janji yang sama beliau ulangi selepas pulang ke amerika syarikat.

 

Jikalau masih ada perasaan ragu-ragu di dalam diri saya, ianya terhapus selepas pertengahan tahun 2008 ini, di mana ketika beliau perlu memilih calon Naib Presiden, beliau telah memilih Joe Biden, individu yang kemudiannya dalam satu temuramah, dengan bangganya mengisytiharkan bahawa "I'm a Zionist, and I am proud to be one". Mengenai latar belakang Joe Biden, anda boleh google sendiri. Jika anda berhujah, biasalah, mesti ramai nak burukkan mereka, fine, bagi saya, masuklah ke lama pro-Biden dan baca serta pertimbangkan sendiri.

 

Dan kemudian Obama menang. Tahniah. Lakukanlah change.

 

Change pertama, yang dilakukan sejurus selepas menang, malah satu-satunya yang dilakukan beliau beberapa minggu selepas menang adalah melantik Rahm Emanuel. Nama penuh, Rahm Israel Emmanuel sebagai Chief of Staff Amerika Syarikat. Siapakah Rahm Emmanuel? Ayahnya adalah salah seorang yang pemimpin tentera Israel yang terlibat di dalam Perang Arab – Israel 1960 malah Rahm sendiri pernah menyertai tentera sukarelawan Israel pada 1991.

 

Emmanuel dan Biden kedua-duanya pernah terlibat di dalam politik Israel, dan menjadi penasihat rapat kepada Kabinet Israel dan beberapa Presiden serta Perdana Menteri Israel.

 

Ramai mengucapkan tahniah kepada beliau, malah seorang penasihat Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

 

Dalam temuramah dengan CNN baru-baru ini, bila ditanya, apakah perkara utama yang akan beliau lakukan selepas menjadi Presiden. Obama menjawab, memulihkan ekonomi US dan memerangi Hamas, Al-Qaeda dan Taliban. Persoalannya, kenapa itu yang perlu dijadikan keutamaan, dan kenapa tidak disebutkan sahaja kumpulan pengganas, tanpa perlu menspesifikannya? Bagaimana pula Korea Utara, IRA di Ireland Utara dan Tamil Eelam di Sri Lanka? Colombia pun ada kumpulan militannya juga. Mengapa Hamas, Al-Qaeda dan Taliban sahaja disebut beliau?

 

Apa ada pada nama? Hussein mungkin nama Islam, tetapi Barack itu nama yahudi? Bekas Presiden Israel, apa namanya? Ehud Barak. Nama tidak menjanjikan apa-apa.

 

Seorang rakan pernah memberi pandangan kepada saya di dalam hal ini. Kata beliau, jangan terlalu cepat buruk sangka kepada Obama, berilah masa kepada beliau, mungkin itu strategi sahaja.

 

Terima kasih di atas pandangan tersebut.

 

Saya setuju untuk memberi masa kepada beliau untuk melakukan change yang dijanjikan.

 

Tetapi saya tak akan bersetuju bersekongkol dengan Israel atau Yahudi atas tujuan strategi. Adakah zionis itu terlalu bodoh sehingga  mereka tidak sedar mereka dipergunakan? Cerita Idi Amin cuba mempergunakan British untuk naik di Uganda pada tahun 1970 an boleh kita jadikan pengajaran. Sama ada di Amerika, ataupun di Malaysia, saya tidak setuju kita bersekongkol dengan mereka.

 

Mengapa majoriti manusia begitu mudah ditipu ahli politik?

 

Sedarlah umat Islam. Jangan ditipu dengan lakonan, slogan dan opportunis yang mengambil kesempatan terhadap kekecewaan kita dengan keadaan semasa.

 

Apapun, till then..let us wait for the change..

 

Azmil Abrar

 


Posted at Saturday, December 06, 2008 by azmilabrar
 

Previous Page Next Page