The Mind of Azmil



<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, November 30, 2010
Iklan Program (Semua Dijemput Hadir)

YBhg. Profesor/Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Dr./Ir./ Tuan/ Puan,

 

Salam hormat dan saya doakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

 

2.       Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui dua agensi di bawahnya iaitu NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dan Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) akan menganjurkan sebuah forum bertajuk Women in Leadership from An Islamic Perspective bertujuan untuk menghilangkan salah tanggapan mengenai kepimpinan wanita. Kami percaya sekiranya salah tanggapan ini dapat diatasi, lebih ramai wanita akan diberi peluang untuk mengisi tampuk kepimpinan di sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan.

 

3.       Sehubungan dengan itu, saya mewakili kedua-dua agensi tersebut berbesar hati untuk menjemput mereka yang berminat untuk hadir ke program ini yang akan dianjurkan seperti butiran berikut:

 

Tarikh :       2 Disember 2010 (Khamis)

 

Masa    :      2.00 petang – 5.00 petang

 

Tempat :    Auditorium Blok C      

                    Universiti Malaya Kampus Kota 

 

4.       Untuk forum ini, kami telah menjemput Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Yang Berusaha Profesor Madya. Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Raihanah Abdullah sebagai ahli panel.

 

5.       Forum ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

 

6.       Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini atau pendaftaran, boleh dilakukan melalui e-mel ke feedback@niew.gov.my.

 

Sekian,terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

DATUK (Dr.) RAFIAH SALIM

Pengarah

NAM Institute for the Empowerment of Women

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

 


Posted at Tuesday, November 30, 2010 by azmilabrar
 

Next Page